Minggu, 02 Maret 2008
PUISI SELIMUT BUMI BY Supian Hanuman Khan. Jan 2001
SELIMUT BUMI
tiada yang lebih indah
dari merasai sejuk dan nyaman
kitaran alam semulajadi tuhan
kehijauan belantara rimba menyelimuti bumi
dari tekanan cahaya melampau
menghalang pukulan hujan
menolak mendapan pasir dan sungai
dedaun memecahkan taburan hujan
menitis antara satu sama lain
jisim akar menyedut air rahmat tuhan
span raksasa itu menjernihkan air
yang mengalir dari rimbaraya ke sungai
tidak lagi kotor seperti warna teh susu
lelanggit pohon melebarkan keredupan
melitupi bumi dari kehanggatan
menjamin bersihnya aliran air sungai
mengekal kualiti alam
yang terbaik untuk kita huni
lantas ada kehidupan di bumi yang mengelupur
kepanasan
bila tangan-tangan buas
menodai rimba pusaka
tanpa secebis simpati
Supian Hanuman Khan. Jan 2001
http://www.geocities.com/pesisir_2000/selimutbumi.htm
Read or Posting Komentar
<< Home